In The News

 

 

News

Pameran Industri Kesejahteraan 2009 (8 June 2009)

Berita Harian, June 8, 2009

PAMERAN Industri Kesejahteraan yang akan berlangsung 23 hingga 26 Julai depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) memberi peluang kepada orang ramai mendekati dan mengetahui perkembangan terkini dunia menarik ini menerusi pameran dan persidangan yang diadakan kelak.

Pengarah Urusan Vertical Impact, Zaharudin Othman, berkata persidangan diadakan antara lain bertujuan menyediakan landasan kepada orang ramal mengenai industri, selain berkongsi idea dan pengalaman daripada pihak yang lama berkecimpung dalam industri kesejahteraan.

"Persidangan yang turut berlangsung sepanjang pameran itu memaparkan topik menarik seperti Perundangan & Peluang Dalam Industri Kesejahteraan; ‘Memperkukuhkan Kehidupan Sihat Menerusi Senaman ‘dan Pendekatan Menuju Cara Hidup Sihat’.

"Dari segi kesihatan pula ada pembentangan mengenai akupuntur, ayurveda dan pemakanan kesihatan lain seperti madu, jamu dan sarang burung. Saya fikir topik yang akari diperbincangkan pada persidangan ini akan memberikan manfaat besar kepada setiap peserta," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Antara nama besar yang akan membentangkan kertas kerja pada hal berkenaan termasuklah Datin Ramonia Suleiman, Sairani Md Saad dan pembentang dari luar Negara seperti Australia dan China.

Pameran yang dianjurkan buat kali kedua itu membawakan dua acara serentak iaitu Persidangan Antarabangsa, iaitu 7th International Traditional/ Complementary Medicine Conference (INTRACOM) dan 2nd International Conference on Biotechnology for the Wellness Industry (ICWBI).

Ia diselaraskan Kementerian Kesihatan (MOH) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama antarabangsa daripada Dongguk University, Korea; The Ohio State University, Amerika Syarikat dan Bionova of Greece, selain turut mendapat sokongan daripada persatuan berkaitan seperti Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM); BiotechCorp; Malaysian Bio-Industry Organization (MBIO); Lembaga Pelancongan Malaysia dan pelbagal lagi persatuan utarna besar ternpatan dalam lapangan bidang tradisional dan perubatan alternatif.

Zaharudin berkata, pemilihan topik iaitu kembali ke asas perubatan tradisional serta alternatif dipilih kerana orang ramai ingin mengetahui kebaikannya dan sama ada ia masih serasi hingga ke hari ini.

"lndustri kesejahteraan juga menggabungkan aspek penyelidikan saintifik serta penemuan oleh pihak bioteknologi yang mernbabitkan banyak aspek. Hal ini terungkai menerusi persembahan ICBWI yang akan dibincangkan dalam ‘Natural Ingredients & Wellness Technology’.

"Kedua-dua acara ini akan dipersembahkan oleh pembentang kertas kerja ternama yang akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan masing-masing pada persidangan berkenaan. SeIain memaparkan penemuan dan praktis dalam industri kesejahteraan, penganjur turut membawakan anda Pameran lndustri Kesejahteraan 2009 (WIEX)," katanya yang menjangkakan acara itu mendapat sambutan lebih 10,000 pengunjung.

Sehubungan itu, individu yang ingin mengetahul mengenal pameran serta persidangan mi boleh menghubungi Zaharudin atau Eksekutif Kanan Acara, S Thirunavagarasu di talian 017-3693568 / 012-3301708.